Home / Sukan / UUM raih emas ping pong beregu campuran SUKIPT 2026

UUM raih emas ping pong beregu campuran SUKIPT 2026

KUALA LUMPUR Universiti Utara Malaysia (UUM) meraih pingat emas dalam acara beregu campuran ping pong pada Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 menerusi gandingan Lim Wei Han dan Lim Wei Hen di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM), hari ini.

Gandingan yang dikenali sebagai ‘Double Wei’ itu menampilkan aksi mantap dan kerjasama taktikal yang berkesan untuk menundukkan pencabar dalam saingan sengit sekali gus menghadiahkan emas kepada kontinjen UUM.

Kejayaan itu mencerminkan ketahanan mental, disiplin serta keserasian pasangan berkenaan dalam mengharungi tekanan persaingan membabitkan atlet daripada institusi pendidikan tinggi (IPT) seluruh negara.

Sorakan penyokong UUM turut menyemarakkan suasana pertandingan apabila gandingan berkenaan terus mengekalkan fokus dan ketenangan sepanjang aksi bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Pingat emas itu turut menjadi pencapaian penting buat skuad ping pong UUM dalam kempen SUKIPT 2026, selain membuktikan keupayaan atlet universiti berkenaan bersaing di peringkat tertinggi sukan IPT.

Kejayaan Lim Wei Han dan Lim Wei Hen turut mengangkat nama UUM dalam saingan temasya yang menghimpunkan ribuan atlet dari universiti awam, universiti swasta, politeknik dan kolej komuniti seluruh negara.

SUKIPT 2026 berlangsung sehingga 6 September dengan penyertaan 64 kontinjen dan disertai 7,697 atlet yang bersaing merebut 229 pingat emas dalam pelbagai acara sukan.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Utara Malaysia (UUM)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *