Home / Kampus / UMS, TLDM perkukuh hubungan strategik menerusi Shooting Master

UMS, TLDM perkukuh hubungan strategik menerusi Shooting Master

KOTA KINABALU– Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuh hubungan strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penganjuran Program Shooting Master UMS di Kompleks Menembak PTKK, Navy Sepanggar, hari ini.

Program anjuran Pejabat Canselori UMS dengan kerjasama KD Sri Likas, Markas Armada Timur TLDM Sepanggar itu menghimpunkan pegawai utama universiti serta wakil fakulti, akademi, pusat dan institut (FAPI) UMS.

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Haji Mansor berkata program berkenaan bukan semata-mata berkaitan soal menang atau kalah, sebaliknya menjadi platform memperkukuh jaringan kerjasama dan hubungan strategik yang telah terjalin antara UMS dengan KD Sri Likas serta TLDM.

“Penglibatan warga UMS dalam program seumpama ini turut membuka ruang kepada interaksi yang lebih erat, membina semangat berpasukan serta mengukuhkan hubungan antara universiti dengan rakan strategik di luar kampus,” katanya dalam ucapan alu-aluan pada program berkenaan.

Program itu mempertandingkan tiga kategori iaitu Individual Side Arms (Precision & Rapid), Falling Plate Team dan Man Vs Man.

Sebelum pertandingan bermula, para peserta turut mengikuti sesi taklimat berkaitan pertandingan dan aspek keselamatan.

Menariknya, Kasim turut menunjukkan prestasi cemerlang apabila muncul johan kategori Man Vs Man, manakala Cheristopher Janie Petrus meraih naib johan dan Massalinri Mohd Tahir di tempat ketiga.

Program berkenaan turut dihadiri Timbalan Panglima Armada Timur TLDM Laksamana Pertama Erman Shahril Adlan serta Pegawai Memerintah KD Sri Likas Lt Kdr Ryandal Adrian anak Andreas TLDM.

Photo credit: Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *