Home / Utama / UMT kekal lima bintang MyMoheS tiga siri berturut-turut

UMT kekal lima bintang MyMoheS tiga siri berturut-turut

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mencatat pencapaian 100 peratus kualiti data MyMoheS yang diperakui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), sekali gus mengekalkan penarafan lima bintang bagi tiga siri berturut-turut.

Menjalankan Fungsi Naib Canselor UMT Prof Dr Suriyani Muhamad berkata pencapaian itu mencerminkan integriti, ketelitian dan kematangan tadbir urus data universiti hasil komitmen serta kerjasama semua pihak yang terlibat dalam proses penyediaan, semakan, pengesahan dan penghantaran data.

Beliau berkata kecemerlangan institusi bermula dengan data yang berkualiti, justeru pengiktirafan itu diharap menjadi pemangkin kepada universiti untuk terus memperkukuh budaya kerja berasaskan data.

“Pengiktirafan berkenaan bukan sekadar kejayaan dalam aspek penghantaran data, malah membuktikan komitmen universiti terhadap pengurusan data yang berkualiti dan berintegriti.

“Pencapaian ini bukan sekadar kejayaan dalam penghantaran data, malah mencerminkan integriti, ketelitian dan kematangan tadbir urus data UMT, hasil komitmen serta kerjasama erat semua pihak yang terlibat dalam penyediaan, semakan, pengesahan dan penghantaran data,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata amalan berkenaan turut penting dalam menyokong proses membuat keputusan berasaskan bukti demi meningkatkan kecemerlangan universiti secara berterusan.

Photo credit: BERNAMA

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *