Home / Utama / Kolej kediaman UniSHAMS mampu tampung 2,360 mahasiswa

Kolej kediaman UniSHAMS mampu tampung 2,360 mahasiswa

KUALA KETIL– Kolej Kediaman Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) yang mula dibina dijangka mampu menyediakan kemudahan kediaman kepada sehingga 2,360 mahasiswa pada satu-satu masa.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata pembangunan kolej kediaman itu bukan sekadar projek fizikal, sebaliknya mencerminkan komitmen dalam menyediakan persekitaran kondusif bagi perkembangan ilmu, pembentukan insan dan pelaburan masa depan generasi negeri itu.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kolej Kediaman Pelajar UniSHAMS di tapak projek kampus di sini, semalam.

Projek berkenaan dijangka siap pada 17 Ogos 2028 dengan tempoh pelaksanaan selama 24 bulan dan bakal menjadi kemudahan kediaman kepada ribuan mahasiswa UniSHAMS sepanjang pengajian mereka.

Pembinaan kolej kediaman itu turut menandakan satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan UniSHAMS sebagai institusi pendidikan tinggi yang terus berkembang bagi memenuhi keperluan pendidikan dan kebajikan mahasiswanya.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Seri Norizan Khazali; Prof Dr Haim Hilman Abdullah; Mufti Negeri Kedah serta Naib Canselor UniSHAMS Prof Dr Mohd Amy Azhar Datuk Mohd Harif.

Photo credit: FB Ustaz Nurul Amin Hamid

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *