Home / Gaya hidup / USM gerakkan 30 sukarelawan, salur 30 kotak bantuan makanan di Pangkor

USM gerakkan 30 sukarelawan, salur 30 kotak bantuan makanan di Pangkor

oleh Nur Anis Atikah Almizan

PULAU PANGKOR– Universiti Sains Malaysia (USM) menggerakkan 30 sukarelawan mahasiswa bersama tiga pegawai pengiring bagi membantu penduduk terjejas akibat banjir kilat di Pulau Pangkor menerusi Misi Sukarelawan Bantuan Pascabanjir, hari ini.

Menurut kenyataan USM, misi anjuran Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar itu turut menyaksikan penyaluran 30 kotak bantuan makanan kering bagi meringankan beban penduduk yang terjejas.

Operasi berkenaan memberi tumpuan kepada aktiviti pembersihan persekitaran, gotong-royong serta pemulihan kediaman dan kemudahan awam di beberapa kawasan terjejas.

Antara lokasi yang terlibat ialah Kampung Sungai Pinang Besar, Kampung Masjid, Kampung Teluk Kecil, Kampung Hussin, Teluk Gedung, Kampung Tengah, Rumah Murah, Taman Pangkor Mutiara dan Taman Sri Pangkor.

Pelaksanaan aktiviti disesuaikan mengikut keperluan di lapangan bagi memastikan bantuan yang diberikan dapat memenuhi keperluan penduduk sepanjang proses pemulihan.

Misi itu diselaraskan oleh tiga pegawai pengiring USM, iaitu Ahmad Heidey Iskandar Mohd Rayhan, Nur Anis Atikah Almizan dan Sarbani Mohd Said.

Operasi berkenaan turut mendapat kerjasama beberapa agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Penglibatan mahasiswa dalam misi itu turut memberi peluang kepada mereka menyumbang secara langsung kepada masyarakat, selain memupuk nilai kesukarelawanan dan keprihatinan sosial.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Sains Malaysia (USM)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM