Home / Kampus / UPSI agih pelitup muka susulan peningkatan IPU

UPSI agih pelitup muka susulan peningkatan IPU

oleh Editorial KampusKini

TANJONG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengagihkan pelitup muka kepada pelajar dan warga kampus sebagai langkah pencegahan susulan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Inisiatif oleh Bahagian Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (BPRKKP) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) itu bertujuan membantu mengurangkan pendedahan kepada habuk dan zarah pencemar di udara.

Pengarah BPRKKP UPSI Prof Dr. Haniza Hanim Mohd Zain berkata inisiatif itu merupakan langkah proaktif universiti untuk meningkatkan kesedaran warga kampus mengenai kepentingan menjaga kesihatan ketika berdepan keadaan kualiti udara yang merosot.

“Penjagaan kesihatan dan keselamatan warga kampus perlu diberikan perhatian, khususnya ketika keadaan persekitaran berpotensi menjejaskan kesejahteraan mereka. Oleh itu, pengagihan pelitup muka ini diharap dapat membantu mengurangkan pendedahan kepada zarah pencemar di udara,” katanya.

Pelitup muka berkenaan diagihkan kepada semua fakulti, kolej kediaman pelajar, Bahagian Keselamatan UPSI, pelajar Sekolah Seri Budiman UPSI serta kanak-kanak di Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara UPSI.

Haniza Hanim turut menggalakkan warga kampus mengehadkan atau menangguhkan aktiviti luar sekiranya keadaan udara tidak sihat, selain memakai pelitup muka yang sesuai ketika berada di luar.

Beliau berkata warga kampus juga perlu mendapatkan maklumat terkini mengenai bacaan IPU daripada sumber rasmi bagi membantu mereka mengambil langkah berjaga-jaga yang bersesuaian.

Inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan UPSI dalam mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kebajikan komuniti universiti, selain memupuk kesedaran bahawa penjagaan kesihatan merupakan tanggungjawab bersama.

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM