Home / Kampus / Kaneka sumbang RM1 juta, perkukuh kerjasama strategik dengan UMPSA

Kaneka sumbang RM1 juta, perkukuh kerjasama strategik dengan UMPSA

oleh Editorial KampusKini

PEKAN– Kaneka (Malaysia) Sdn. Bhd. menyumbang RM1 juta kepada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bagi menyokong bidang pendidikan, penyelidikan dan pembangunan modal insan.

Naib Canselor UMPSA, Prof. Ts. Dr. Yatimah Alias berkata sumbangan itu mencerminkan kepercayaan industri terhadap peranan universiti, kepakaran penyelidikan serta potensi kerjasama antara akademia dan industri.

“Kepercayaan ini hadir bersama tanggungjawab untuk memastikan sokongan dan kerjasama yang terjalin dapat mewujudkan peluang yang bermakna, mampan dan memberi impak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Kaneka Corporation yang diketuai Pengerusinya, Mr. Kimikazu Sugawara, di Banquet Hall, Canseleri Tun Abdul Razak (CTAR) UMPSA, di sini, hari ini.

Menurut Prof. Ts. Dr. Yatimah, kerjasama antara UMPSA dan Kaneka mempunyai potensi besar untuk diperluas dalam bidang penyelidikan kolaboratif, pembangunan modal insan, latihan industri dan kemajuan teknologi.

Beliau berkata Kaneka mempunyai reputasi global dalam bidang teknologi, pembuatan bahan kimia dan bahan inovatif, manakala UMPSA mempunyai kekuatan sebagai universiti teknologi yang memberi penekanan kepada kejuruteraan, penyelidikan gunaan, inovasi dan keterlibatan industri.

“Kerjasama universiti dan industri perlu melangkaui sekadar pertemuan dan perjanjian. Ia perlu menghasilkan outcome yang memberi nilai kepada pelajar, penyelidik dan industri,” katanya.

Beliau berkata kerjasama itu mampu memberi pendedahan industri yang lebih bermakna kepada pelajar, selain membuka peluang kepada penyelidik menangani cabaran sebenar industri serta membolehkan kedua-dua pihak membangunkan bakat, menyelesaikan masalah dan memajukan teknologi.

Dalam pada itu, Prof. Ts. Dr. Yatimah berkata hubungan antara UMPSA dan Kaneka berpotensi menghubungkan keupayaan industri global syarikat berkenaan dengan bakat, kepakaran penyelidikan dan teknologi yang dimiliki universiti.

Katanya kerjasama itu bukan sahaja berpotensi memberi manfaat kepada Pahang dan Malaysia, malah boleh diperluas ke peringkat serantau serta ekosistem global Kaneka.

Kunjungan berkenaan turut dihadiri Pengerusi Kaneka Corporation, Mr. Kazuhiko Fujii; Presiden Kaneka (Malaysia) Sdn. Bhd., Mr. Tomoyuki Kashimura; Naib Presiden Kaneka (Malaysia) Sdn. Bhd., Mr. Syed Ahmad Syed Idrus Alhabshi.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

18:59


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM