Home / Gaya hidup / UMPSA tanam 69 pokok sempena Kemerdekaan ke-69

UMPSA tanam 69 pokok sempena Kemerdekaan ke-69

oleh Editorial KampusKini

PEKAN –  Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menanam 69 pokok di Rimba Komuniti, UMPSA Pekan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, sebagai simbolik Kemerdekaan ke-69 serta komitmen universiti terhadap kelestarian alam sekitar.

Program KITA LESTARI: Menanam untuk Generasi anjuran Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kelestarian (SDC) itu turut menghimpunkan warga UMPSA dalam usaha menghijaukan persekitaran kampus dan menyemai kesedaran mengenai tanggungjawab bersama terhadap alam sekitar.

Naib Canselor UMPSA Prof Ts Dr Yatimah Alias berkata aktiviti penanaman pokok merupakan antara usaha berterusan universiti dalam membudayakan amalan kelestarian dalam kalangan warga kampus.

“Ini adalah bukti aktiviti-aktiviti kelestarian yang dijalankan di UMPSA dan kita akan terus menekankan aspek kelestarian itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata komitmen UMPSA terhadap agenda kelestarian turut dizahirkan menerusi pencapaian universiti yang kini berada di kedudukan ke-53 terbaik dunia dan tempat ketiga di Malaysia dalam penilaian UI GreenMetric.

Yatimah berkata universiti turut memberi penekanan kepada amalan kitar semula dan kebolehkitaran (recyclability) dengan melibatkan warga kerja serta mahasiswa menerusi pelbagai aktiviti kelestarian.

Antaranya, minyak masak terpakai yang dihasilkan di dalam kampus dimanfaatkan untuk menghasilkan produk berguna seperti sabun.

“Kelab pelajar inilah yang menjalankan dan menggerakkan kebanyakan aktiviti-aktiviti kelestarian di UMPSA,” katanya.

Beliau berkata penglibatan mahasiswa melalui kelab dan aktiviti berkaitan alam sekitar penting dalam memastikan agenda kelestarian universiti terus berkembang sebagai budaya bersama.

Program KITA LESTARI turut menggabungkan elemen kelestarian, patriotisme dan kesukarelawanan, dengan setiap pokok yang ditanam menjadi simbol komitmen warga UMPSA untuk meninggalkan persekitaran yang lebih hijau dan lestari kepada generasi akan datang.

Turut hadir Pendaftar UMPSA Datuk Saiful Bahri Ahmad Bakarim; Penolong Naib Canselor (Pembangunan) Prof Dr Mahadzir Ishak@Muhammad; Pengarah Pusat Pembangunan Kelestarian Dr Suhaidah Hussain.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM