Home / Kampus / MYBEDA, UGM meterai kerjasama perkasa akses maklumat pendidikan

MYBEDA, UGM meterai kerjasama perkasa akses maklumat pendidikan

oleh Editorial KampusKini

KUALA LUMPUR – Persatuan Pembangunan Pendidikan Bumiputera Malaysia (MYBEDA) dan Universiti Geomatika Malaysia (UGM) memeterai kerjasama strategik bagi memperluas perkongsian maklumat pendidikan serta pembangunan inisiatif yang memberi manfaat kepada pelajar dan masyarakat.

Kerjasama itu dimeterai menerusi pertukaran dokumen oleh Timbalan Presiden MYBEDA, Tuan Al Faizal Abdul Hajis dan Naib Canselor UGM, Prof Datuk Is Dr Mazrin Rohizaq Che Rose.

Al Faizal berkata kerjasama berkenaan membuka ruang kepada MYBEDA untuk berkongsi maklumat pendidikan yang lebih jelas dengan masyarakat, khususnya berkaitan pilihan pengajian serta saluran bantuan yang tersedia.

“Bagi MYBEDA, kita mahu memastikan pelajar dan ibu bapa mengetahui pilihan yang tersedia, termasuk maklumat berkaitan bantuan dan biasiswa, supaya mereka dapat merancang pengajian dengan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata akses kepada maklumat yang tepat mengenai peluang pendidikan dan bantuan kewangan penting bagi membantu pelajar serta ibu bapa membuat perancangan pengajian yang bersesuaian.

Sementara itu, Prof Datuk Is Dr Mazrin Rohizaq berkata UGM mengalu-alukan kerjasama yang dapat memberi nilai tambah kepada pelajar selain mengukuhkan hubungan universiti dengan pihak berkepentingan dalam bidang pendidikan.

Menurut beliau, kerjasama itu turut membuka ruang kepada kedua-dua pihak meneroka perkongsian maklumat, program pembangunan pelajar serta bidang lain yang dipersetujui bersama.

Dalam ekosistem pendidikan Geomatika, Yayasan Geomatika turut menyediakan pelbagai inisiatif berkaitan bantuan pendidikan dan kebajikan pelajar, termasuk dana pendidikan dan biasiswa bagi membantu memenuhi keperluan sepanjang tempoh pengajian.

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

18:59


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM