Home / Sukan / Atlet rowing UTeM raih tiga pingat perak di Shenyang Open Regatta

Atlet rowing UTeM raih tiga pingat perak di Shenyang Open Regatta

oleh Editorial KampusKini

MELAKA – Atlet rowing Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Ahmad Hulaif Ramzi, mengharumkan nama universiti dan Malaysia apabila membantu pasukan Malaysian University meraih tiga pingat perak pada The 9th Shenyang Open Regatta di Shenyang, China, 12 hingga 13 September lalu.

Ahmad Hulaif yang juga atlet dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik (FTKE) UTeM menyumbang kepada kejayaan pasukan dalam tiga acara iaitu Quadruple 1 kilometer, Mixed Boat 8+ 1 kilometer dan Mixed Boat 8+ 4.5 kilometer.

Pencapaian itu mencerminkan semangat juang, disiplin, kesungguhan serta kerjasama berpasukan yang tinggi dalam kalangan atlet yang bertanding.

Kejayaan tersebut turut menjadi pencapaian bermakna bersempena sambutan Hari Malaysia, sekali gus membuktikan kemampuan atlet institusi pengajian tinggi negara bersaing di peringkat antarabangsa.

UTeM dalam kenyataan tahniahnya menyifatkan kejayaan Ahmad Hulaif sebagai satu pencapaian membanggakan dan berharap beliau terus konsisten dalam meningkatkan prestasi serta menjadi inspirasi kepada warga universiti.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM