Home / Utama / UMPSA, UNDANA perkukuh kerjasama akademik menerusi Ijazah Dual Kimia Industri

UMPSA, UNDANA perkukuh kerjasama akademik menerusi Ijazah Dual Kimia Industri

oleh Editorial KampusKini

PEKAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Universitas Nusa Cendana (UNDANA), Indonesia memperkukuh kerjasama akademik menerusi pertukaran Memorandum of Agreement (MoA) bagi pelaksanaan Program Ijazah Dual dalam bidang Kimia Industri.

Naib Canselor UMPSA Prof Ts Dr Yatimah Alias berkata program itu memberi peluang kepada mahasiswa memperoleh pengalaman pembelajaran dalam dua persekitaran akademik berbeza, sekali gus membina keyakinan, kebolehsuaian dan jaringan antarabangsa.

“Kerjasama antarabangsa yang bermakna bukan sekadar berhenti pada pemeteraian dokumen, tetapi perlu mewujudkan peluang yang menghubungkan mahasiswa, akademik, mencetuskan idea baharu serta menghasilkan manfaat kepada kedua-dua institusi dan komuniti yang kita santuni,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas bertukar dokumen MoA dengan Rektor UNDANA Prof Dr Ir Jefri S Bale pada majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti, Bangunan Canseleri UMPSA Kampus Pekan, di sini hari ini.

MoA itu melibatkan Program Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Kimia Industri dengan Kepujian antara Fakulti Sains Industri dan Teknologi (FIST) UMPSA dengan Fakulti Sains dan Teknik UNDANA.

Menurut Prof Yatimah, pengalaman akademik dan budaya yang berbeza menerusi program itu dapat menjadi nilai tambah kepada pembangunan akademik dan profesional mahasiswa, selain memperluas peluang mobiliti serta jaringan pendidikan tinggi antara Malaysia dan Indonesia.

Kerjasama tersebut merupakan kesinambungan Memorandum of Understanding (MoU) yang dimeterai kedua-dua universiti pada 29 Nov 2024.

Hubungan UMPSA dan UNDANA sebelum ini turut merangkumi program mobiliti menerusi penempatan latihan industri yang melibatkan empat mahasiswa UNDANA, selain penganjuran bersama 4th Energy Security & Chemical Engineering Congress (ESCHE 2025) di Kuala Lumpur pada Ogos 2025 dan penerbitan bersama pada 2026.

Kedua-dua institusi turut meneroka pengembangan kerjasama penyelidikan dan geran kolaboratif dalam bidang bioteknologi, teknologi makanan, pertanian pintar dan kelestarian tenaga.

Dalam perkembangan berkaitan, Prof Ts Dr Yatimah turut menjemput UNDANA menyertai Persidangan dan Pameran Asia-Pacific Association for International Education (APAIE) 2027 yang akan dianjurkan bersama UMPSA pada 21 hingga 25 Mac 2027 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

Beliau turut mengundang UNDANA menyertai rangkaian Asia Pacific Advanced TVET Hub bagi memperluas perkongsian kepakaran, pembangunan kapasiti serta kerjasama akademik dan industri dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Turut hadir Penolong Naib Canselor (Strategi Korporat) merangkap Pemangku Ketua Pegawai Kewangan UMPSA Prof Ts Dr Che Ku Mohammad Faizal Che Ku Yahya; Dekan FIST Prof Madya Dr Aizi Normazila Ramli.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:40


Subuh

05:50


Syuruk

07:00


Zohor

13:03


Asar

16:25


Maghrib

19:00


Isyak

20:14

Sumber: e-Solat JAKIM