Home / Utama / 3,429 pelajar baharu daftar UniSZA sesi 2026/2027

3,429 pelajar baharu daftar UniSZA sesi 2026/2027

oleh Editorial KampusKini

KUALA NERUS – Seramai 3,429 pelajar baharu Diploma dan Sarjana Muda mendaftar di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi sesi akademik 2026/2027.

Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Fadzli Adam berkata Minggu Mesra Siswa (MMS) yang berlangsung sepanjang minggu bukan sekadar memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kampus dan kehidupan universiti, malah menjadi platform awal untuk membentuk jati diri serta memahami potensi diri.

Beliau berkata pelajar baharu turut diseru menghayati aspirasi UniSZA untuk membentuk mahasiswa sebagai Future Caliph UniSZA yang mempunyai tiga ciri utama iaitu pemimpin berteraskan nilai, peneraju peradaban dan ummah serta individu yang holistik dan berdaya tahan.

“Pendekatan ini menjadi sebahagian daripada usaha universiti melahirkan graduan yang bukan sahaja berilmu, malah memiliki jati diri, nilai dan daya tahan dalam menghadapi cabaran masa hadapan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup MMS dan Ikrar Pelajar kemasukan sesi 2026/2027 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS), UniSZA, di sini semalam.

Majlis yang disempurnakan Prof Fadzli itu turut menyaksikan bacaan ikrar pelajar baharu oleh Muhammad Hazim Ahmad Shaharuddin, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, serta ucapan wakil pelajar Noor Faiz Zakwan Noor Faiezul daripada program Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam dan Media Kontemporari.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan tayangan video ucapan Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, montaj MMS, penyerahan Aku Janji pelajar dan acara kibaran bendera.

Barisan pengurusan tertinggi UniSZA, dekan fakulti, ketua pusat tanggungjawab serta pegawai kanan universiti turut hadir pada majlis berkenaan.

MMS menjadi platform orientasi awal bagi membantu pelajar baharu menyesuaikan diri dengan persekitaran universiti, selain membina asas kehidupan mahasiswa yang berilmu, berakhlak dan berdaya tahan.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

18:59


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM