Home / Kampus / UniSZA, UUM perkukuh kerjasama penyelidikan kewangan sosial Islam

UniSZA, UUM perkukuh kerjasama penyelidikan kewangan sosial Islam

oleh Editorial KampusKini

PUTRAJAYA –  Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) memperkukuh kerjasama dalam bidang kewangan sosial Islam dan penyelidikan menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini.

Kerjasama antara Pusat Penyelidikan Kewangan Sosial Islam (ISF) UniSZA dan Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat UUM itu dimeterai sempena The Fourth International Conference on Zakat, Tax, Waqf & Economic Development (ZAWED) 2026 di The Everly Hotel, di sini.

MoU berkenaan membuka ruang kepada kedua-dua universiti melaksanakan kerjasama dalam pendidikan dan penyelidikan, khususnya menerusi penyelidikan serta penerbitan bersama, permohonan geran, pertukaran kepakaran dan perkongsian pengetahuan serta teknologi.

Kerjasama itu turut dijangka menyumbang kepada peningkatan kemahiran insaniah dan kebolehpasaran graduan menerusi peluang penglibatan dalam aktiviti akademik serta penyelidikan yang melibatkan kedua-dua institusi.

Pertukaran dokumen MoU disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniSZA Prof Ts Dr Shukor Abd Razak yang mewakili Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Fadzli Adam dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UUM Prof Dr Ram Al Jaffri Saad.

Majlis itu disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan serta Naib Canselor UUM Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed.

Kerjasama berkenaan turut menyokong hala tuju UniSZA menerusi Pelan Strategik UniSZA (PSU) 2023-2030, khususnya Strategi Teras 2 yang memberi penekanan terhadap penyelidikan berimpak tinggi.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

18:59


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM