Home / Gaya hidup / Etiqa sumbang empat van untuk manfaat pendidikan, kebajikan di Terengganu

Etiqa sumbang empat van untuk manfaat pendidikan, kebajikan di Terengganu

oleh Norul Izwani

SETIU – Sebanyak empat van penumpang dan van jenazah disumbangkan kepada institusi pendidikan, pertubuhan kebajikan dan komuniti di Terengganu bagi membantu melancarkan urusan kebajikan serta kemasyarakatan.

Penyerahan kenderaan berkenaan disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad, Zafri Ab Halim pada satu majlis di University College Bestari (UCB), Putera Jaya, Bandar Permaisuri, di sini hari ini.

Tiga van penumpang diserahkan kepada UCB, Pertubuhan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA) dan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah, Kampung Mengabang Panjang, Kuala Nerus.

Sementara itu, sebuah van jenazah diserahkan kepada Masjid Kampung Gong Pasir, Mukim Kerandang, Besut bagi membantu urusan pengurusan jenazah dan memenuhi keperluan masyarakat setempat.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengelola UCB, YM Prof Dato’ Dr Haji Tengku Mahmud Mansor serta wakil Islamic Malaysia Aid.

Sumbangan itu merupakan hasil kerjasama Etiqa Family Takaful Berhad dan Islamic Malaysia Aid sebagai sebahagian daripada usaha membantu institusi serta komuniti yang memerlukan kemudahan pengangkutan bagi melaksanakan aktiviti pendidikan, kebajikan dan kemasyarakatan.

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

18:59


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM