Home / Kampus / UMK pastikan kekangan kewangan bukan halangan pelajar lanjut pengajian

UMK pastikan kekangan kewangan bukan halangan pelajar lanjut pengajian

PASIR PUTEH- Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menggesa pelajar baharu daripada keluarga kurang berkemampuan supaya tidak melepaskan peluang melanjutkan pengajian hanya kerana kekangan kewangan, sebaliknya menerima tawaran terlebih dahulu kerana pelbagai bentuk bantuan disediakan universiti.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK Prof. Dr. Mohammad Ismail berkata pelajar perlu mengambil peluang yang ditawarkan kerana masalah kewangan tidak seharusnya menjadi penghalang untuk mencapai cita-cita.

“Jangan lepaskan peluang untuk belajar kerana masalah kewangan. Yang penting, daftar dahulu dan terima tawaran ke UMK,” katanya ketika Program UMK Cakna Bersama Pelajar Baharu bagi Semester September Sesi Akademik 2026/2027 di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan ke kediaman pelajar baharu yang terpilih dalam program berkenaan, selain menyampaikan bantuan bagi memastikan mereka dapat hadir pada hari pendaftaran pelajar baharu pada 20 September ini.

Kunjungan pertama diadakan di kediaman Mohamad Azreen Hakimi Adenan, 20, di Kampung Tualang Tinggi, yang merupakan anak yatim dan bakal mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Komuniti Dengan Keusahawanan Sosial (Kepujian) di Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI).

Ibunya, Napisah Abdullah, 50, yang menyara dua anak, bekerja sebagai pekerja kontrak pembersihan dengan pendapatan kira-kira RM1,100 sebulan.

Mohamad Azreen memperoleh PNGK 2.92 dalam STPM dan aktif dalam sukan selepas mewakili SMK Bukit Jawa dalam Kejohanan Futsal Peringkat Negeri Kelantan.

Beliau bercita-cita menjadi Inspektor Polis dan bertekad meneruskan pengajian dengan bersungguh-sungguh bagi membalas jasa ibunya.

Program UMK Cakna kemudian diteruskan ke kediaman Muhammad Ridhuan Hakim Fadthel di Kampung Pak Amat, yang menerima tawaran mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Sumber Asli) dengan Kepujian di Fakulti Sains Bumi (FSB).

Muhammad Ridhuan, anak sulung daripada dua beradik, memilih UMK sebagai pilihan pertama dalam permohonan UPU Online kerana minat mendalam dalam bidang alam sekitar serta bercita-cita menjadi guru.

Bapanya, Mohd Fadthel Yusof, tidak mempunyai pekerjaan tetap dan bekerja kampung dengan pendapatan sekitar RM500 sebulan bagi menyara keluarga.

UMK melalui Bahagian Kesejahteraan Mahasiswa, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) menyediakan pelbagai inisiatif khas serta bantuan kepada pelajar kurang berkemampuan bagi membantu mereka meneruskan pengajian.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

18:59


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM