Home / Mahasiswa / 6,235 pelajar baharu mulakan pengajian di UM sesi 2026/2027

6,235 pelajar baharu mulakan pengajian di UM sesi 2026/2027

oleh Editorial KampusKini

KUALA LUMPUR –  Seramai 6,235 pelajar baharu bakal memulakan pengajian di peringkat Sarjana Muda di Universiti Malaya (UM) bagi Sesi Akademik 2026/2027.

Naib Canselor UM Profesor Datuk Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman berkata kemasukan pelajar baharu itu menandakan bermulanya fasa baharu perjalanan akademik mereka, selain menjadi sebahagian daripada usaha universiti menyediakan pendidikan tinggi berkualiti dan pengalaman pembelajaran yang holistik.

Beliau berkata program UM WOW bukan sekadar program orientasi, sebaliknya menjadi titik permulaan untuk memperkenalkan pelajar baharu kepada budaya kecemerlangan, nilai dan aspirasi UM sepanjang tempoh pengajian.

“Di Universiti Malaya, kami bukan sekadar mengalu-alukan anda memasuki bilik kuliah, malah menyambut anda ke dalam sebuah budaya yang mencabar anda untuk berfikir dengan lebih mendalam, membina jati diri yang lebih kukuh serta menyumbang kepada masyarakat dengan penuh tujuan,” ujar beliau.

Noor Azuan berkata pengalaman mahasiswa di UM perlu melangkaui bilik kuliah dan pencapaian akademik dengan memberi ruang kepada mereka meneroka potensi diri, membina keyakinan serta mengembangkan pemikiran melalui pengalaman, cabaran dan interaksi dengan komuniti universiti.

“Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baharu. Ini merupakan isyarat pertama kepada anda bahawa anda kini menjadi sebahagian daripada sebuah universiti yang dibentuk berlandaskan disiplin, keberanian dan harapan yang tinggi,” ujar beliau.

Dalam pada itu, UM tahun ini turut menyambut ulang tahun ke-121 penubuhannya menerusi UM121, yang menandakan lebih satu abad perjalanan universiti dalam bidang pendidikan, penyelidikan, inovasi dan khidmat kepada masyarakat.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Malaya (UM)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM