Home / Mahasiswa / 50 pelajar PMS sertai kursus asas penyembelihan

50 pelajar PMS sertai kursus asas penyembelihan

Bergambar kenangan bersama Ust Firdous(duduk tengah) selepas selesai kursus sembelihan di Pusat Islam PMS

oleh Mohd Rizal Azman Rifin

MUADZAM SHAH– Seramai 50 pelajar Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), Politeknik Muadzam Shah (PMS) menyertai Kursus Asas Sembelihan bagi mendapatkan pengetahuan dan kemahiran asas berkaitan kaedah penyembelihan yang menepati kehendak agama.

Kursus melibatkan pelajar kelas DUP 4A dan DUP 4B itu dianjurkan Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am (JPA) dan berlangsung di Dataran Pusat Islam PMS.

Kursus dikendalikan Ustaz Mohd Firdous Mohd Halin yang memberi penekanan terhadap pemahaman tatacara penyembelihan yang betul menerusi pendedahan teori dan amali.

Mohd Firdous berkata pengetahuan serta pengalaman praktikal penting bagi memastikan pelajar memahami kaedah penyembelihan dengan tepat dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

“Pengetahuan, pemahaman dan pengalaman dalam melakukan amali penyembelihan amat penting supaya pelajar mengetahui cara penyembelihan dengan jelas dan tepat,” katanya.

Beliau berkata pendedahan itu turut menjadi nilai tambah kepada pelajar sebelum mereka meninggalkan kampus dan menyertai masyarakat, khususnya dalam memahami aspek penyembelihan halal.

“Kami sedaya upaya memberikan pendedahan kepada pelajar kerana ilmu asas penyembelihan seharusnya diketahui dan diamalkan sebelum mereka keluar dari kampus untuk menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat,” katanya.

Menurutnya, kursus berkenaan diharap dapat membantu membentuk pelajar yang bukan sahaja berpengetahuan dalam bidang pengajian masing-masing, tetapi turut mempunyai kemahiran asas berkaitan tuntutan agama dan penyembelihan halal.

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

18:59


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM