Home / Sekolah / SeSTa cipta sejarah tiga tahun johan asrama lima bintang

SeSTa cipta sejarah tiga tahun johan asrama lima bintang

Nor Hashimah (tengah) bersama guru pengiring, Mohd Hamdi Mohd Yusof dan Puteri Nur Awanis Muhammad Wong (kanan) menerima replika hadiah wang tunai RM10,000 dan piala sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Kecemerlangan Sekoleh Berasrama Penuh Tahun 2026 di Bumi Enstek, Negeri Sembilan baru-baru ini.

oleh Dr. Ghazali Din

Tapah – Sekolah Menengah Sains Tapak (SeSTa) mencipta rekod bersejarah apabila menjuarai Anugerah Lima Bintang untuk tiga tahun berturut-turut.

Pengetua, Nor Hashimah  Abdul Samat berkata  anugerah itu diterima pada 18 September 2026 lalu di Bumi Enstek, Kolej Tunku Kurshiah, Seremban  sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Kecemerlangan Sekoleh Berasrama Penuh Tahun 2026.

Katanya, kejayaan itu diraih berkat penerapan “Budaya Cemerlang” dalam menguruskan penginapan murid sehingga mencapai kejayaan tiga tahun berturut-turut iaitu 2024, 2025 dan 2026.

“Kejayaan ini hadir dalam persaingan yang sihat melibatkan 72 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP)  yang masing -masing memiliki kekuatan, keunggulan dan aspirasi untuk menang,” katanya.

Namun, katanya, di sebalik kejayaan yang terukir gemilang, ada tangan yang menghulur sokongan, ada hati yang teguh menyimpan harapan, dan ada insan yang terus melangkah tanpa kenal keletihan.

“Mereka ialah  guru-guru khususnya para warden yang mendidik, membimbing, memantau dan memastikan setiap sudut kehidupan asrama bergerak menuju kecemerlangan, disiplin anak-anak turut menjadi tunjang kejayaan.

Beliau berkata anak-anak dibesarkan dalam suasana yang mematuhi peraturan, menjaga kebersihan, menghargai kemudahan dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah sesuai dengan 10 rukun asrama SeSTa.

“Tidak dinafikan juga sokongan padu PIBG dan KSIB yang sentiasa bersama-sama pihak sekolah, menyumbang tenaga, idea, sokongan dan keprihatinan demi memastikan kebajikan serta kecemerlangan anak-anak terus terbela,” katanya.

Beliau berkata kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai oleh SesTa, diyakini  tidak lahir secara kebetulan, tetapi berkat kesungguhan Pengetua, Penolong Kanan HEM, semua guru dan Ahli Kumpulan Pelaksana (AKP) yang membantu mengukuhkan disiplin anak-anak.

Menurut Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid), Murniza Md Jidin di SeSTa anak-anak diasuh dan dibimbing untuk belajar memimpin dengan yakin, mengurus masa dengan penuh disiplin, serta menghormati peraturan dengan penuh kesantunan, serta memikul tanggungjawab terhadap diri dan komuniti demi membina insan berwawasan.”

Penyelaras Sistem Rumah SeSTa, Mohammad Faizol Mohamed Khan berkata sokongan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) ternyata berkesan dan berjaya membentuk disiplin anak-anak menjadi insan hebat dan luar biasa.

“Kebersamaan KSIB sangat penting  dalam membentuk anak-anak menjadi insan yang belajar berdikari, walaupun  jauh daripada keluarga kerana berpegang kepada sahabat bukan sekadar teman sebilik, tetapi insan yang bersama menguatkan langkah saat diri terjatuh dan bangkit.

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:58


Zohor

13:01


Asar

16:23


Maghrib

18:59


Isyak

20:12

Sumber: e-Solat JAKIM