Home / Utama / Prof Dr Arifin Abdu dilantik Naib Canselor UPM

Prof Dr Arifin Abdu dilantik Naib Canselor UPM

oleh Editorial KampusKini

KUALA LUMPUR – Prof Dr Arifin Abdu dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) yang baharu berkuat kuasa 18 Sept 2026, demikian menurut Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).

Sebelum pelantikan itu, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM selain merupakan Profesor di Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar universiti berkenaan.

Beliau turut mempunyai pengalaman dalam pengurusan universiti sebagai Pengetua Kolej 13 dan Pengetua Kolej Pendeta Za’ba, UPM.

Prof Dr Arifin memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan (Pengurusan Hutan) dan Ijazah Sarjana Sains Perhutanan daripada UPM serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pemulihan dan Pemuliharaan Hutan dari Jepun.

Bidang kepakaran beliau merangkumi tanah hutan, pemulihan dan pemuliharaan hutan, dengan penyelidikan turut meliputi penilaian kualiti tanah serta pemulihan hutan tropika.

JPT dalam kenyataan berkata pengalaman Prof Dr Arifin dalam kepimpinan dan pengurusan universiti, disokong kepakaran akademik serta kefahaman terhadap ekosistem UPM, diyakini dapat menyumbang kepada kecemerlangan universiti.

Menurut kenyataan itu, pelantikan berkenaan diharap dapat memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecemerlangan akademik dan penyelidikan serta memajukan agenda pembangunan pelajar dan kelestarian universiti.

Pelantikan Prof Dr Arifin menggantikan Dato’ Prof Ir Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah yang tamat tempoh pelantikan sebagai Naib Canselor UPM pada 17 Sept 2026.

JPT turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahmad Farhan atas khidmat bakti, kepimpinan serta sumbangan sepanjang menerajui UPM.

JPT mengucapkan tahniah kepada Prof Dr Arifin atas pelantikan itu dan berharap beliau dapat menerajui UPM ke arah kecemerlangan berterusan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:58


Zohor

13:01


Asar

16:22


Maghrib

18:59


Isyak

20:11

Sumber: e-Solat JAKIM