Home / Sukan / Mahasiswa UNITEN raih emas hoki wanita SUKMA 2026

Mahasiswa UNITEN raih emas hoki wanita SUKMA 2026

SHAH ALAM – Mahasiswa Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Nur Qistina Syamimi Mohamad Rozlan muncul wira apabila membantu skuad hoki wanita Pahang meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.

Nur Qistina yang beraksi sebagai penjaga gol menjadi antara watak penting dalam aksi final apabila Pahang menewaskan Wilayah Persekutuan 6-5 menerusi penentuan penalti sudden death, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa permainan sebenar.

Kejayaan itu sekali gus menyaksikan mahasiswa UNITEN berkenaan turut mengharumkan nama universiti di pentas sukan kebangsaan menerusi pencapaian cemerlang bersama pasukan Pahang.

Nur Qistina merupakan mahasiswa program Bachelor of International Business (Honours) di UNITEN, selain aktif mengembangkan bakat dalam bidang sukan hoki.

Pencapaian tersebut membuktikan kemampuan mahasiswa mengimbangi kecemerlangan akademik dan penglibatan dalam bidang sukan, di samping menjadi inspirasi kepada warga UNITEN untuk terus menyerlah dalam pelbagai bidang.

Kejayaan Nur Qistina turut memperlihatkan komitmen institusi pendidikan tinggi dalam menyokong pembangunan bakat mahasiswa secara menyeluruh, termasuk dalam aspek kepimpinan, disiplin dan kecemerlangan sukan.

 

 

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *