Home / Utama / UMK juara Debat Statistik IPT 2026, raih Pendebat Terbaik

UMK juara Debat Statistik IPT 2026, raih Pendebat Terbaik

oleh Editorial KampusKini

PUTRAJAYA – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) muncul juara Pertandingan Debat Statistik Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Siri Ke-5 2026, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan merangkul Anugerah Pendebat Terbaik.

Kejayaan itu turut menyaksikan pasukan UMK menerima piala pusingan dan piala iringan, manakala anugerah individu berkenaan dimenangi Muhammad Haries Husni Khalil Husaini, pelajar Fakulti Bioteknologi dan Kejuruteraan Bahan (FBKT).

Menurut Penyelaras Pasukan Debat UMK, Nur Aida Elias, pasukan itu melayakkan diri ke pusingan akhir selepas melepasi peringkat saringan dan separuh akhir yang berlangsung di Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM), Perak, dari 9 hingga 11 Oktober lalu.

Beliau berkata pada pusingan akhir, UMK berperanan sebagai pembangkang penutup ketika membahaskan usul mewajibkan pemindahan teknologi kepada syarikat tempatan sebagai syarat kemasukan pelabur asing dalam sektor kecerdasan buatan (AI).

Katanya, gandingan Muhammad Haries Husni dan Nazurah Bacho berjaya mengemukakan bidasan serta lanjutan hujah yang mantap sehingga membantu pasukan itu menewaskan pencabar lain.

Pertandingan anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan kerjasama Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) itu berlangsung di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin (TAZA), di sini, bersempena Hari Statistik Negara Peringkat Kebangsaan 2026.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) muncul naib johan dengan hadiah wang tunai RM3,000, diikuti Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) di tempat ketiga yang menerima RM2,000, manakala Universiti Teknologi MARA (UiTM) menduduki tempat keempat dengan hadiah RM1,500.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM