Home / Mahasiswa / Mahasiswa UCB dekati komuniti pesisir, pelajari kehidupan nelayan

Mahasiswa UCB dekati komuniti pesisir, pelajari kehidupan nelayan

Mahasiswa mempelajari cara dan teknik yang betul bagi membuat ikan bekok menggunakan ikan cencaru

oleh Editorial KampusKini

BESUT – Mahasiswa University College Bestari (UCB) menyertai Program Jejak Warisan Pesisir bagi mendapatkan pengalaman langsung tentang kehidupan dan kegiatan ekonomi komuniti nelayan menerusi aktiviti kesukarelawanan di Terengganu dan Kelantan.

Program yang berlangsung di Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Besut dan Kampung Nelayan Kandis, Bachok itu melibatkan mahasiswa kursus MPU2412 Pengurusan Khidmat Masyarakat UCB.

Di Kompleks Perikanan LKIM Besut, mahasiswa membantu peniaga mengasingkan ikan, mengangkat hasil tangkapan dari bot ke jeti serta menguruskan jualan ikan bagi memberi pendedahan kepada mereka tentang operasi perniagaan hasil laut.

Program diteruskan di Kampung Nelayan Kandis dengan aktiviti membuat kuih tradisional, demonstrasi penghasilan ikan bekok dan menjahit jala bagi memperkenalkan mahasiswa kepada kemahiran serta warisan masyarakat pesisir.

Selain itu, jamuan rakyat yang menyediakan makanan untuk kira-kira 250 orang turut diadakan bagi mengeratkan hubungan antara mahasiswa dengan penduduk kampung, selain pengagihan bakul makanan kepada golongan asnaf.

Pensyarah Jabatan Pengajian Bahasa dan Umum UCB merangkap penasihat program, Muhamad Asril Hakimi Ibrahim berkata penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kemasyarakatan memberi peluang kepada mereka belajar melalui pengalaman sebenar, di samping memupuk tanggungjawab sosial dan keprihatinan terhadap masyarakat.

Program itu turut melibatkan kerjasama wakil komuniti setempat, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Nelayan Kandis, Solahuddin.

Inisiatif berkenaan menjadi platform menghubungkan pembelajaran akademik dengan kehidupan masyarakat, selain meningkatkan penghargaan mahasiswa terhadap warisan tempatan dan kepentingan sektor perikanan kepada komuniti pesisir.

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM