Home / Mahasiswa / Kelab Bahasa Chung Hua PKS lantik 11 pemimpin baharu sesi 2026/2027

Kelab Bahasa Chung Hua PKS lantik 11 pemimpin baharu sesi 2026/2027

oleh Editorial KampusKini

KUCHING – Seramai 11 pelajar dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Kelab Bahasa Chung Hua, Politeknik Kuching Sarawak (PKS) bagi sesi 2026/2027 pada Majlis Pelantikan dan Apresiasi kelab itu di sini.

Majlis yang berlangsung di The Kitchen BBQ & Steamboat itu disertai 26 orang termasuk Penasihat Kelab Dr. Ling Ying Leh, sebagai simbolik peralihan kepimpinan dan kesinambungan pengurusan organisasi pelajar berkenaan.

Pada majlis sama, seramai 10 Ahli MT sesi 2025/2026 menerima sijil apresiasi sebagai penghargaan atas dedikasi dan sumbangan mereka dalam menggerakkan aktiviti kelab sepanjang tempoh perkhidmatan.

Pelantikan kepimpinan baharu itu diharap dapat memperkukuh pengurusan kelab, memperluas penyertaan pelajar serta melaksanakan program yang menyokong pemerkasaan bahasa dan warisan budaya.

Kelab Bahasa Chung Hua PKS turut berperanan menyediakan ruang interaksi silang budaya dalam kalangan pelajar pelbagai latar belakang, sekali gus memupuk persefahaman dan perpaduan di kampus.

Penglibatan pelajar dalam pengurusan kelab juga memberi peluang kepada mereka mengasah kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan dan pengurusan program sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan.

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM