oleh Editorial KampusKini
KUCHING– Bekas Pengerusi Kelab Bahasa Chung Hua, Politeknik Kuching Sarawak (PKS), Lim Shu Ying menerima Anugerah Unggul Emas dan dipilih sebagai Ikon Kesukarelawanan pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan dan Kepimpinan Pelajar (MAKKP) 2026.
Pencapaian itu merupakan kali pertama bekas pengerusi kelab berkenaan menerima kedua-dua pengiktirafan tersebut, sekali gus mengharumkan nama Kelab Bahasa Chung Hua di peringkat institusi.
Penasihat kelab Dr. Ling Ying Leh berkata kejayaan itu mencerminkan dedikasi, kepimpinan dan sumbangan Shu Ying kepada kelab.
Beliau berharap pencapaian itu menjadi inspirasi kepada barisan Majlis Tertinggi sesi 2026/2027 untuk memperkukuh kerjasama serta melaksanakan tanggungjawab dengan penuh komitmen.
Kejayaan itu juga diharap dapat menyuntik semangat kepada seluruh ahli kelab untuk meneruskan kecemerlangan dan melakar lebih banyak pencapaian pada masa hadapan.


Leave a Reply