Home / Mahasiswa / Mahasiswa UniSZA dinobat Tokoh Kelestarian Siswa ATSN 2026

Mahasiswa UniSZA dinobat Tokoh Kelestarian Siswa ATSN 2026

oleh Editorial KampusKini

PUTRAJAYA – Mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Muhammad Atif Syaddad Azman, dinobatkan sebagai Tokoh Kelestarian Siswa pada Anugerah Tokoh Siswa Negara (ATSN) 2026, sekali gus mengharumkan nama universiti di peringkat kebangsaan.

Pencapaian itu menjadi pengiktirafan terhadap kepimpinan, komitmen dan sumbangan beliau dalam membawa agenda kelestarian serta menterjemahkan ilmu kepada tindakan yang memberi manfaat kepada masyarakat dan generasi akan datang.

Kejayaan berkenaan turut menyaksikan UniSZA diwakili empat lagi mahasiswa yang berjaya mara ke peringkat final ATSN 2026 dalam kategori masing-masing.

Mereka ialah Siti Syahirah Chew bagi kategori Tokoh Sukarelawan Siswa, Fatin Nur Ain Syafiqah Mohd Ya’acob (Tokoh Khidmat Komuniti Siswa), Marcus Ng Zi Jian (Tokoh Perpaduan Siswa) dan Sulha Mohamad Sofian (Tokoh Seni dan Warisan Siswa).

UniSZA dalam kenyataan hari ini merakamkan tahniah kepada semua mahasiswa berkenaan atas pencapaian yang disifatkan mencerminkan kepelbagaian bakat, kepimpinan dan sumbangan mahasiswa universiti.

Penyertaan mereka sebagai finalis turut memperlihatkan penglibatan mahasiswa UniSZA dalam pelbagai bidang termasuk kelestarian, kesukarelawanan, khidmat komuniti, perpaduan serta seni dan warisan.

Kejayaan itu diharap menjadi dorongan kepada mahasiswa UniSZA untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat serta menyumbang kepada pembangunan negara.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM