Home / Tadika / 49 warga PASTI Selangor sertai Kembara Umrah

49 warga PASTI Selangor sertai Kembara Umrah

oleh Hanifah Nazira Mohamed Hanafiah 

SHAH ALAM – Seramai 49 guru, ahli lembaga pengarah dan warga kerja Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Negeri Selangor menyertai Program Kembara Umrah selama sembilan hari lapan malam yang dianjurkan PASTI Negeri Selangor baru-baru ini.

Ketua Pengarah PASTI Negeri Selangor Ustaz Mohd Hamdi Husin berkata program berkenaan bukan sahaja memberi peluang kepada peserta menunaikan ibadah umrah, malah menjadi wadah perkongsian ilmu, pengukuhan ukhuwah dan pengisian rohani.

Beliau berkata program itu direalisasikan hasil cetusan idea Penasihat PASTI Negeri Selangor Ustaz Sukri Omar, selain mendapat sokongan barisan kepimpinan utama PASTI yang turut menyantuni peserta serta menyampaikan sagu hati.

“Program ini memberi fokus kepada pelaksanaan ibadah umrah dengan lebih tenang dan teratur. Sepanjang berada di Tanah Suci, ruang dan kesempatan diberikan kepada peserta untuk menunaikan ibadah umrah, khususnya guru yang pertama kali berpeluang menjadi tetamu Allah,” katanya.

Rombongan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dengan menaiki pesawat AirAsia sebelum meneruskan perjalanan ke Tanah Suci.

Mohd Hamdi berkata peserta turut berpeluang menziarahi lokasi bersejarah serta merasai pengalaman menjejakkan kaki di Masjid Nabawi ketika berada di Madinah.

Katanya, pengalaman berada di bumi Madinah dan Makkah bukan sahaja dapat mengukuhkan hubungan dengan Allah SWT, malah menyemai rasa syukur dan kecintaan kepada Rasulullah SAW serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan peserta.

“Program ini bukan sekadar perjalanan menunaikan ibadah umrah, tetapi turut menjadi satu bentuk penghargaan dan kebajikan khususnya kepada para guru.

“Ia diharap menjadi kenangan bermakna serta memberikan suntikan rohani dan motivasi kepada para guru untuk terus berkhidmat dengan penuh keikhlasan, istiqamah dan rasa tanggungjawab dalam mendidik anak-anak,” katanya.

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM