Home / Sukan / UKM semarak Bulan Kebangsaan menerusi Ekspedisi Kayak Merdeka Perpaduan

UKM semarak Bulan Kebangsaan menerusi Ekspedisi Kayak Merdeka Perpaduan

PUTRAJAYA– Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan menerusi penganjuran Ekspedisi Kayak Merdeka Perpaduan UKM 2026 di Tasik Putrajaya, semalam.

Program itu bertujuan menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan warga universiti menerusi aktiviti gaya hidup sihat dan cergas, selain memupuk semangat berpasukan serta perpaduan.

Ekspedisi berkenaan dimulakan dengan sesi senaman ringan sebagai pemanas badan sebelum peserta menyertai aktiviti kayuhan kayak dan perahu naga (dragon boat).

Seramai 110 peserta terdiri daripada warga UKM dan tetamu kehormat mengambil bahagian dalam ekspedisi merentas Tasik Putrajaya sejauh 6.9 kilometer itu.

Majlis perasmian disempurnakan Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Sufian Jusoh yang turut menyertai aktiviti kayuhan bersama warga universiti.

Turut serta Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof Ts Dr Hj Norinsan Kamil Othman serta Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi Prof Dr Ismanizam Ismail.

Program itu turut disertai Pengarah Pusat Kebudayaan Mohamed Asrof Semin serta barisan pengetua kolej kediaman UKM.

Penganjuran ekspedisi berkenaan bukan sahaja menjadi wadah menyemarakkan semangat patriotisme, malah menggalakkan warga universiti mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat melalui aktiviti riadah secara berkumpulan.

Photo credit: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *