Home / Utama / UMK terima 3,666 pelajar baharu, meningkat 520 orang

UMK terima 3,666 pelajar baharu, meningkat 520 orang

oleh Editorial KampusKini

KOTA BHARU – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima 3,666 pelajar baharu bagi sesi akademik 2026/2027, meningkat 520 orang berbanding 3,116 pelajar pada tahun sebelumnya.

Naib Canselor UMK, Datuk Prof Ir Ts Dr Arham Abdullah berkata daripada jumlah itu, seramai 2,013 pelajar mendaftar di UMK Kampus Kota, diikuti Kampus Jeli (867) dan Kampus Bachok (666).

Beliau berkata sebanyak 13 program pengajian UMK turut merekodkan penawaran melebihi 100 peratus daripada unjuran ditetapkan, menunjukkan sambutan terhadap program akademik universiti berkenaan.

“Perkembangan positif ini membuktikan bahawa program akademik yang ditawarkan oleh UMK mendapat sambutan yang luar biasa serta kekal relevan dalam memenuhi keperluan pasaran kerjaya semasa,” katanya ketika menyampaikan Amanat Naib Canselor sempena Minggu Mesra Mahasiswa (3M) yang berlangsung serentak di ketiga-tiga kampus hari ini.

Menurut beliau, sepanjang hampir 20 tahun penubuhannya, UMK telah melahirkan 26,645 graduan, terdiri daripada 25,422 alumni tempatan dan 220 alumni antarabangsa.

Katanya, UMK turut mencatatkan kadar Graduan Bekerja (Graduate Employability – GE) sebanyak 98.3 peratus pada 2025, manakala kadar Kebolehpasaran Graduan (Graduate Marketability – GM) turut direkodkan pada 98.3 peratus.

Dalam pada itu, beliau berkata UMK terus memberi perhatian kepada kebajikan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan menerusi program UMK Cakna, khususnya dalam kalangan asnaf dan golongan B40.

Bantuan melalui Bahagian Kesejahteraan Mahasiswa itu merangkumi bantuan zakat, komputer riba, kit pendaftaran semester pertama serta pengecualian yuran semester pertama.

UMK turut melaksanakan program MySiswa Job On Campus (MySiswa@JOC) bagi memberi peluang kepada pelajar memperoleh pengalaman kerja sebenar di persekitaran universiti, selain membantu mengurangkan beban kos sara hidup.

“Sehingga kini, seramai 426 pelajar telah dilantik di bawah skim ini,” katanya.

Dr Arham turut menyeru pelajar baharu memanfaatkan peluang pengajian di UMK dengan menimba ilmu dan membangunkan kemahiran bagi mempersiapkan diri menghadapi alam pekerjaan serta cabaran masa depan.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM