Home / Utama / UiTM bantu bakal pelajar atasi kekangan kewangan sambung pengajian

UiTM bantu bakal pelajar atasi kekangan kewangan sambung pengajian

oleh Editorial KampusKini

TUMPAT– Keprihatinan Universiti Teknologi MARA (UiTM) membantu bakal pelajarnya yang berdepan kekangan kewangan keluarga memberi sinar baharu kepada Nur Jannatul Sofea Rusdi untuk merealisasikan impian melanjutkan pengajian ke menara gading.

Menerusi Program Ziarah Kasih UiTM 2.0, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Kelantan menyampaikan bantuan kewangan dan sumbangan prihatin awal kepada keluarga Sofea bagi meringankan beban mereka menjelang pendaftarannya sebagai pelajar universiti.

Sofea, yang sebelum ini mendapat perhatian media kerana berdepan kekangan kewangan, bakal mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan di UiTM Shah Alam.

Delegasi UiTM Cawangan Kelantan yang diketuai wakil Rektornya, Meer Zhar Farouk Amir Razli, turut mengadakan kunjungan ke kediaman keluarga Sofea di Perumahan Nelayan, Kampung Pantai Geting di sini.

Kunjungan itu bukan sahaja bertujuan menyampaikan bantuan, malah memberi sokongan moral kepada Sofea dan keluarganya serta memastikan kebajikan bakal pelajar berkenaan mendapat perhatian sewajarnya.

UiTM dalam kenyataan berkata Program Ziarah Kasih UiTM 2.0 merupakan inisiatif berterusan universiti bagi membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, khususnya golongan B40, agar dapat meneruskan pengajian tinggi tanpa terhalang oleh kekangan sosioekonomi.

Inisiatif berkenaan selaras dengan usaha UiTM memperluas akses pendidikan tinggi kepada pelajar yang berkelayakan, selain memastikan aspek kebajikan dan sokongan kepada pelajar turut diberi perhatian.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

18:59


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM