oleh Nurul Syuhada Arifin
Majlis berprestij ini bakal meraikan graduan daripada lima peringkat pengajian, merangkumi Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Asasi, sekali gus mencerminkan kepelbagaian laluan pendidikan serta komitmen UCB dalam menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada masyarakat.
Penganjuran majlis konvokesyen ini bukan sekadar menjadi simbol kejayaan akademik, malah merupakan pengiktirafan terhadap usaha, pengorbanan dan dedikasi para graduan sepanjang menempuh perjalanan pengajian masing-masing.
Lebih bermakna, kejayaan ini turut menjadi detik bersejarah buat keluarga dan insan tersayang yang menjadi sumber kekuatan serta sokongan kepada para graduan sehingga berjaya mencapai impian mereka.
Sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi, UCB terus komited melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan profesional, malah memiliki nilai kepimpinan, integriti, sahsiah serta semangat keusahawanan bagi menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Majlis Konvokesyen Kali Ke-9 ini diharapkan menjadi titik permulaan kepada perjalanan baharu 383 graduan untuk terus melakar kecemerlangan, memperluas potensi diri dan memberikan sumbangan bermakna kepada agama, bangsa dan negara.


Leave a Reply