Home / Utama / Dua staf wanita UUM tamat Program SheLeads 2026

Dua staf wanita UUM tamat Program SheLeads 2026

oleh Editorial KampusKini

BANDAR ENSTEK– Dua staf wanita Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya menamatkan Program SheLeads 2026, inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi memperkasa kompetensi dan melahirkan pelapis kepimpinan wanita dalam institusi pendidikan tinggi.

Mereka ialah Dekan Pusat Pengajian Kerajaan, Prof Dr Halimah Abdul Manaf dan Pegawai Tadbir, Kartini Tajul Urus yang menerima sijil penyertaan daripada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir pada Majlis Perasmian Penutup dan Graduasi program itu di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), baru-baru ini.

Program anjuran AKEPT itu dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM), Institute of Corporate Directors Malaysia (ICDM) dan Asian Women’s Leadership University College (AWLUC).

Sepanjang lapan bulan pelaksanaan, peserta mengikuti empat fasa latihan merangkumi empat sesi webinar, latihan kepimpinan bersemuka melalui empat modul, sesi pementoran serta penyediaan laporan pementoran.

Inisiatif berkenaan dirangka bagi meningkatkan kompetensi kepimpinan wanita serta menyokong perancangan penggantian kepimpinan (succession planning) dalam kalangan universiti awam, sekali gus menyediakan barisan pemimpin yang mampu memimpin dan mentransformasi institusi pendidikan tinggi.

Majlis itu turut menampilkan Profesor Kehormat UUM, Prof Dr Rosna Awang Hashim sebagai ahli panel forum bertajuk “Tadbir Urus Transformatif dalam Pendidikan Tinggi: Mentakrif Semula Kepimpinan Melepasi Siling Kaca”.

Forum berkenaan turut menampilkan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Habibah A Wahab, manakala Prof Madya Dr Ummu Atiyah Ahmad Zakuan dari Pusat Pengajian Antarabangsa UUM bertindak sebagai moderator.

Naib Canselor UUM, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed turut hadir meraikan kejayaan kedua-dua staf universiti itu yang disifatkannya sebagai pencapaian membanggakan serta diharap menjadi inspirasi kepada warga kerja, khususnya golongan wanita, untuk terus mengembangkan potensi kepimpinan.

Photo credit dan sumber: Facebook Universiti Utara Malaysia (UUM)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:38


Subuh

05:48


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:21


Maghrib

18:58


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM