Home / Utama / Raja Muda Perlis sempurnakan penutupan Mahrajan Siraj 2026

Raja Muda Perlis sempurnakan penutupan Mahrajan Siraj 2026

oleh Editorial KampusKini

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Mahrajan Siraj 2026 di Auditorium KUIPs Holdings, Kampus Pauh Putra, semalam.

Keberangkatan baginda bersama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ), Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle serta barisan kepimpinan universiti dan agensi berkaitan.

Baginda berdua turut berkenan melawat pameran UniSIRAJ Global Village Exhibition yang menghimpunkan 10 reruai antarabangsa mewakili Vietnam, Nigeria, Myanmar, Thailand, Palestin, Afghanistan, Pakistan, Yaman, Sudan dan Indonesia.

Pameran yang dikendalikan pelajar antarabangsa UniSIRAJ itu mengetengahkan kepelbagaian budaya, tradisi dan keunikan negara masing-masing.

Majlis turut menyaksikan simbolik penutupan Mahrajan Siraj 2026 apabila Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan meletakkan Piala Pusingan Mahrajan Siraj.

Pada majlis itu, Muhamad Rozaimi menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat kedua dan ketiga bagi beberapa kategori pertandingan, manakala Raja Puan Muda Perlis menyampaikan hadiah kepada johan kategori Bookstagram, Musang Berjanggut, Timbang Takraw, Explorace dan Mobile Legend.

Raja Muda Perlis pula berkenan mengurniakan hadiah utama kepada johan kategori Pidato Bahasa Inggeris dan Nasyid.

Penganjuran Mahrajan Siraj 2026 dikendalikan Majlis Perwakilan Pelajar, organisasi pelajar serta Jabatan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti UniSIRAJ.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:38


Subuh

05:48


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:21


Maghrib

18:58


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM