Home / Utama / UMT terima 44 pelajar pascasiswazah baharu, 10 antarabangsa

UMT terima 44 pelajar pascasiswazah baharu, 10 antarabangsa

oleh Editorial KampusKini

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima 44 pelajar baharu pascasiswazah bagi Semester 1, Sesi 2026/2027, termasuk 10 pelajar antarabangsa dari beberapa negara.

Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah UMT, Prof. Ts. Dr. Amiza Mat Amin berkata daripada jumlah itu, 34 merupakan pelajar Malaysia manakala lima daripada pelajar antarabangsa adalah dari Pakistan.

Beliau berkata pendaftaran itu melibatkan 16 pelajar Doktor Falsafah (PhD), 13 pelajar Sarjana (Penyelidikan) dan 15 pelajar Sarjana (Kerja Kursus).

“Kami mengalu-alukan kehadiran semua pelajar baharu pascasiswazah ke UMT. Pendaftaran ini merupakan langkah pertama mereka dalam memulakan perjalanan akademik dan penyelidikan di universiti.

“Kami berharap para pelajar dapat memanfaatkan peluang, kemudahan dan persekitaran akademik yang disediakan oleh UMT,” katanya ketika ditemui pada Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Pascasiswazah UMT di Pusat Pengurusan Siswazah (PPS) UMT, di sini, semalam.

Menurut beliau, sehingga kini PPS UMT telah mengeluarkan 144 surat tawaran kepada calon pelajar pascasiswazah bagi semester berkenaan, manakala calon yang telah menerima tawaran masih berpeluang mendaftar sehingga 31 Okt ini tertakluk kepada syarat dan ketetapan universiti.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata 10 pelajar antarabangsa menerima Biasiswa Naib Canselor UMT (UMTVC) yang menawarkan pengecualian yuran pengajian bagi semester pertama.

“Selain itu, lapan alumni UMT turut menerima Diskaun Alumni UMT sebagai sokongan kepada mereka yang kembali menyambung pengajian di peringkat pascasiswazah,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT, Prof. Ts. Dr. Noor Maizura Mohamad Noor, yang baharu dilantik, turut hadir menyantuni pelajar baharu dan warga PPS yang terlibat dalam urusan pendaftaran.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:59


Zohor

13:01


Asar

16:23


Maghrib

18:59


Isyak

20:12

Sumber: e-Solat JAKIM