KampusKini.my ialah portal berita digital yang mengetengahkan perkembangan, pencapaian dan kisah menarik dari dunia kampus. Kami hadir sebagai wadah penyampaian maklumat yang pantas, tepat dan berinformasi, di samping memberi ruang kepada suara warga universiti untuk diketengahkan.
Kampus Kini memberi tumpuan kepada pelbagai aspek kehidupan kampus merangkumi berita universiti, mahasiswa, akademik, penyelidikan dan inovasi, sukan, kokurikulum, komuniti, kerjaya serta gaya hidup.
Lebih daripada sekadar menyampaikan berita, Kampus Kini berusaha mengangkat kisah-kisah yang memberi nilai, inspirasi dan perspektif baharu kepada pembaca. Kami percaya setiap pencapaian, idea dan suara dari kampus mempunyai cerita yang wajar didengari.
Dengan mengutamakan ketepatan, kredibiliti dan etika kewartawanan, Kampus Kini komited menjadi sumber rujukan berita kampus yang dipercayai serta sebuah platform yang menghubungkan warga universiti dengan masyarakat.
